ehem.
bila kali terakhir aku tulis review buku kat sini?
februari lepas!
ahaha.
dari februari sampai ke jun, aku banyak baca buku sekerat saja. tak berjaya habeskan sebuah pun.
lepas tu, rancangan aku untuk orang lain jadi pengulas buku jemputan pon tak menjadi.
tak dapat sambutan.
akhirnya...
semalam, aku berjaya habeskan running with scissors nih.
lepas ja aku habes baca look me in the eye: my life with asperger's, perasaan nak baca buku running with scissors semakin membuak-buak.
aku cari kat kedai buku kegemaran, tak jumpa.
akhirnya, pada april lepas, marina hadiahkan buku ni.
look for the ridiculous in everything and you will find it - jules renard, 1890.
pertama kali aku jumpa istilah 'look for the ridiculous in everything/find humor in everything' rasanya dalam buku three weeks with my brother.
masa tu, aku tak faham sangat dengan apa yang dimaksudkan dengan ayat macam tu, dan juga tak tahu macamna nak buat.
tetapi dengan masa yang berlalu,
dengan aku membaca lebih banyak buku cerita sedih tetapi ditulis dengan kelakar,
dan dengan aku memerhati orang sekeliling,
akhirnya, aku faham sedikit demi sedikit apa itu 'look for the ridiculous in everyhing/find humor in everything' dan macamna nak lakukannya.
dan,
buku running with scissors ini telah memaparkan sekali lagi kepada aku,
bagaimana untuk melihat sesuatu dalam bentuk yang kelakar.
terutamanya, sesuatu yang sangat teruk keadaannya.
teruk sangat ka cerita zaman kanak2 penulis nih?
ya, sangat teruk bagi aku.
teruk yang macamna?
korang boleh cari sinopsis buku ini, kat wiki contohnya.
ok. aku cerita skit pasal cerita buku ini.
ini buku memoir. memoir zaman kanak2 augusten burroughs, terutamanya semasa berumur 12-16.
menceritakan bagaimana dia membesar dalam keluarga yang mak bapaknya selalu bergaduh, seterusnya bercerai, seterusnya mak dia jadi gila dan sentiasa gila, seterusnya dia banyak menghabiskan masa dia di rumah psychiatrist mak dia.
kisah banyak berkisar berkenaan masa2 dia di rumah psychiatrist, keadaan rumah psychiatrist, perwatakan ahli2 rumah psychiatrist serta kejadian2 di rumah psychiatrist yang sangat pelik lagi gila.
bagi psychiatrist itu, pabila anda berumur 13 tahun, anda sudah bebas.
orang lain tidak boleh suruh atau paksa anda buat sesuatu.
nak hisap rokok boleh. nak hisap dadah boleh.
anak nampak mak buat oral sex dengan pasangan lesbian, tak mengapa. anak lelaki berumur 15 tahun tetapi mempunya bf gay yang berumur 30-an pun tak mengapa. anak perempuan berumur 13tahun nak ada skandal seks dengan bapa angkat yang berumur 40-an pun ok.
anda bebas!
walaupun dengan suasana hidup yang pelik, gila dan tak normal itu,
augusten burroughs tetap boleh survive. tetap waras.
seperti yang dia katakan diakhir cerita, dengan semua yang berlaku, dia mungkin sudah mendapat 'phD dalam survival'.
dan mungkin humor yang telah menyebabkan dia kekal waras.
aku sangat suka akan buku2 memoir.
sebab mereka akan buat aku berfikir dengan lebih banyak.
antara benda yanga aku belajar;
1. antara cara untuk kekalkan kewarasan adalah dengan melihat sesuatu kejadian/perkara dengan sifat humornya atau pada sisi yang kelakar.
2. terdapat garisan yang nipis antara waras dan tak waras. antara normal dan tak normal. berhati-hatilah.
3. attention. ini benda penting aku belajar.
semua orang perlukan perhatian. semua orang dahagakan perhatian.
kadang2 kita tengok ada orang kena dera oleh pasangan, mungkin dia kekal bersama orang tersebut kerana bagi dia, orang itu sajalah yang memberi perhatian pada dia. tak kisahlah perhatian yang macamana, perhatian yang buruk pun, ia tetap perhatian.
"any attention is better than no attention".
aku teringat cerita dalam tuesdays with morrie, dimana morrie pernah cerita kenangan dia di rumah sakit jiwa. ada seorang pesakit yang hari2 membuat perkara gila yang sama, sehinggalah morrie turut serta buat perkara gila yang sama, pesakit itu terus beredar dan tak buat dah. sebab akhirnya, perilaku dia mendapat perhatian dari seseorang. dia mendapat perhatian, dan tidak merasa invisible.
4. tiada kebebesan yang abadi.
sedikit sebanyak kita perlu ada landasan hidup.
begitu juga dengan apa yang penulis rasa.
dengan kebebasan yang sangat luas itu, dia tetap rasa trapped.
buku ini,
sememangnya bacaan pertama aku tentang keadaan hidup orang yang sakit mental walaupun penulisnya bukanlah yang sakit.
mungkin lepas ini, aku akan teruskan usaha aku membeli buku2 memoir seperti prozac nation.
untuk aku lebih memahami bagaimana keadaan orang yang sakit mental dan bagaimana boleh terjadi kepada mereka.
No comments:
Post a Comment