Wednesday, February 16, 2011

look me in the eye: my life with asperger's oleh john elder robison

"look me in the eye, young man!"
"look at me! what are you hiding?"
"nobody trusts a man who won't look them in the eye"
"you look like a criminal"
"you're up to something. i know it"








komen seperti di atas sering diterima oleh penulis, john elder robison, semasa dia membesar.
tapi baginya, bercakap sambil melihat sesuatu adalah suatu perkara yang sukar untuk dilakukan dengan serentak.
sejak kecil, dia tahu ada yang tidak kena dengannya. ada sesuatu mengenainya yang orang lain tidak dapat kenal pasti. dan pada tahun-tahun dia membesar, tidak wujud lagi istilah asperger's.
jadi dia membesar dengan tanggapan oleh orang lain bahawa dia nakal, biadap dan sociopath yang mungkin suatu hari nanti akan menjadi penjenayah.
pada masa itu, para asperger's selalunya didiagnos sebagai depressi atau schizophrenia.

jadi, apa itu asperger's syndrome?
bagi sesiapa yang belum pernah dengaq istilah ini,
asperger's tergolong dalam autistic spectrum disorder (ASD).
makna kata ia adalah satu jenis bentuk autism jugak.
tapi tidak seteruk orang yang didiagnos sebagai autistic.
lebih kurang seperti high-functioning autism.
untuk tahu lebih lanjut pasal asperger's dan autism, sila wiki.

oleh kerna tidak didiagnos dengan betul masa dia membesar,
(didiagnos pengidap asperger's diumur 40 tahun)
maka dia membesar dengan sukar. lonely dan painful.
jadi, buku ini, memoir ini, ditulis untuk menceritakan bagaimana dia membesar dengan sukar, membesar dengan tanggapan yang salah oleh orang lain, bagaimana dia sebagai asperger's berfikir, bagaimana dia sebagai asperger's bertindak terhadap sesuatu perkara atau keadaan dan bagaimana dia berjaya sehingga hari ini.
memoir ini dibuat supaya kita sedikit sebanyak boleh faham mereka ini.
mereka yang mempunyai asperger's syndrome.

"it's not a disease," he explained. "it doesn't need curing. it's just how you are."


dan,
aku juga sedikit sebanyak faham akan mereka ini.
mereka juga punya perasaan.
mereka hanyalah conversationally handicapped, mengikut kata john elder robison ni lah.

masalah utama dia, dan asperger's yang lain,
adalah komunikasi.
sebab itu mereka tidak dapat bertemu mata dengan orang lain ketika ada komunikasi.


antara masalah lain atau kelebihan asperger's (yang mana aku sempat ingat dari buku ini);
1. kurang perasaan empathy dan sering menunjukkan expressi yang tidak bersesuaian terhadap sesuatu perkara. contohnya, apabila orang lain memberitahu suatu berita buruk berkenaan orang yang dia tidak kenal, tak pasal2 dia akan tersenyum.
kenapa dia boleh tersenyum, kena baca untuk lebih faham bagaimana otak dia bertindak.
oleh itu dia tidak dapat berinteraksi dengan baik dengan orang lain. orang lain menganggapnya biadap.
oleh itu, semasa kecil, orang yang seusia dengannya tidak mahu berkawan dengannya.
dia lebih suka berinteraksi dengan orang dewasa yang mana dapat memberi respon terhadap apa saja jawapan yang dia beri walaupun ia tidak berkesinambungan dengan soalan yang dikemukakan. selalunya dia akan menjawap lain dari soalan yang ditanya.

2. mereka tidak dapat mengenalpasti banyak bahasa badan dan expressi muka yang ditunjukkan oleh orang lain. oleh itu mereka sering dianggap biadap. tapi ada kebaikannya juga, terutama untuk perniagaan dia, dia akan layan semua orang sama rata.

3. susah untuk mengingat nama seseorang atau sesuatu. kecuali dia yang sendiri memberi nama kepada sesuatu atau seseorang. contohnya, dia panggil pertamanya little bare, isteri kedua unit two, anak dia cubby. nama asal atau nama lain, dia tak dapat terima dan tak akan guna.

4.daya tumpuan yang sangat tinggi dan tajam. ini adalah satu perkara yang menyebabkan dia boleh berjaya. apabila dia putuskan untuk membuat sesuatu, dia akan beri sepenuh perhatian. kalau orang tengok, mungkin boleh kata dia gila.
contohnya, apabila dia kata dia akan cipta smoking guitar tuk band KISS, dia akan buat sampai berjaya walaupun dia tak pernah buat sebelum itu. tidak pernah sama sekali buat sekerat jalan untuk sesuatu perkara yang dia putuskan untuk buat.

5. akan fikir logik saja. mereka yang asperger's atau autism selalunya punya otak matematik, otak komputer, otak logik.

6. tidak tahu untuk menunjukkan perasaan. tidak tahu memberitahu perasaan mereka. samaada sedih atau gembira.


lebih banyak aku baca memoir ni,
lebih normal aku rasa dia ni.
sebab apa yang dia ceritakan macam sama saja dengan kita semua. sama saja dengan aku.
ka aku ni sebenaqnya adalah asperger's juga. cuma belum didiagnos saja.
kahkahkah.

aku nak buat perbandingan aku dengan dia yang asperger's.
1. bab empathy, aku kira aku ok lah kan. contohnya bila orang kata kawan dia meninggal eksiden, aku boleh juga rasa sedih.
2. tidak dapat kenal pasti bahasa tubuh dan expressi muka, hat ni aku pon ada masalah.
3. aku kadang2 susah jugak nak ingat nama orang, tapi tak lah sampai nak suka hati bagi nama kat orang kalau dia tak suka.
4. bab daya tumpuan ni, aku awal2 memang gagal sudah. tak banyak yang aku boleh bagi tumpuan. contoh terdekat, buat master tak habes2 lagi.
5. tak la semua benda nak pikir logik saja kan. bukannya robot.
6. bab tunjuk dan luah perasaan ni, agak susah jugak la. tapi tengah belajar untuk berubah.

ok. bukankah aku juga ada sifat asperger's dalam diri.
dan asperger's juga adalah seperti kita yang 'normal' ni jugak kan.
setiap orang lebih kurang sama kan.
punya perasaan sendiri. punya cara berpikir sendiri. punya cara pemahaman sendiri.
oleh itu cubalah memahami orang lain. ni aku bagi nasihat untuk diri sendiri.
jangan mudah untuk buat tanggapan terhadap orang lain. ini juga nasihat untuk diri sendiri.

seperti asperger's ataupun autism.
mereka juga perlu difahami oleh kita.
mungkin mereka berkelakuan seperti mahu berseorangan,
tapi tiada siapa yang mahu berseorangan. tidak mahu lonely.
cuma mereka tidak tahu untuk berinteraksi mengikut cara kita yang normal ini.



okeh. itu sajalah.
penat jugak menaip nih.
kalau aku rajin, nanti aku tambah berkenaan macam mana dia berjaya. dalam kerjaya dan juga dalam hidup bermasyarakat.


oh ya.
buku ini lebih seronok untuk dibaca.
john elder menulis dengan kelakar dan mudah untuk difahami. buku ini ada perasaan. satu kejayaan yang baru untuk dia yang asperger's. aku yang normal pon tak dapat menterjemahkan perasaan aku sendiri dalam bentuk penulisan mahupun percakapan.
dengan memoir ni, kita boleh faham sedikit sebanyak bagaimana dia berfikir atau bertindak.
kalau buku daniel tammet, born on a blue day, aku susah skit nak faham sebab dia banyak cerita pasal bagaimana otaknya berfungsi. sungguh abstrak. susah bagi kita untuk faham mereka yang diberi kelebihan otak genius matematik seperti itu.


kesimpulannya.
aku banyak belajar pasal asperger's.
memoir yang kelakaq.









8 BINTANG diberi oleh husna

7 comments:

avie eicca said...

wah nak pinjam!!! :D

Mengkuang berduri said...

rajinnye membaca!!!!!

husna said...

marina: ya boleh.

kak sita: u tak mau join blog i tuk review buku?

avie eicca said...

maceh!! nanti ang bawa kat lab aku mai amik na:)

Jarak Boy said...

nice ni!! aku ajar budak Austism..hmmm mmg menarik depa ni wei.. penulis nama Jodi Picoult pun ada wat buku pasal dak austism kalau xsilap aku..xegt tjuk dia..house rules ka paa ntah..lbh kurg mcm tu la..hehe

husna said...

jarak boy, hang elmi ka?
kalau bukan, sori.
aku juga orang perlis, dok kg wang besaq.

husna said...

oh. belum pernah nak betul2 baca novel jodi picoult. tapi mungkin blh cuba baca hat tu.
cerita2 hal penyakit ni, aku lebih suka baca memoir.
kau ajar budak austism? mereka unik dan kena banyak sabaq kan.
syabas untuk kau.